Tema Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55,
31 Ogos 2012

Salam sejahtera semua...
bendera malaysia
Sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-55 yang bakal kita sambut pada 31 Ogos 2012 nanti. Nombor semat, 55 tahun dah merdeka. Kali ni banyak isu yang kita dpt lihat dalam internet tentang logo dan juga lagu tema hari kemerdekaan yang ke-55 berbanding dari tahun lepas².


Hanya nak berkongsi dengan semua tentang logo hari kermerdekaan Malaysia dulu;

Tahun Tema
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 20 Tahun Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Seni Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kejayaan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Penggerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998 Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 1Malaysia - Menjana Tranformasi
2011 1Malaysia - Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
2012 1Malaysia - Janji Ditepati

Terus terang aku rase tema hari kemerdekaan Malaysia ke-55 tak brape kena dengan tema untuk hari merdeka kita. Kalo hari UMNO atau hari BN atau hari Najib ke, baru sesuai kot. Haha.

Tema hari Merdeka sepatutnya sesuatu yang melibatkan semua pihak. Sebagai contoh tema hari merdeka tahun 1998 - Negara Kita Tangungjawab Kita. Kan sedap sket dengar.

Sekarang globalisasi sudah berlaku. Maknernyer kita semakin dekat antara satu sama lain. Seluruh dunia berlumba-lumba untuk buat inovasi atau jadi pengeluar pertama dalam ilmu atau product. Contoh Honda nyer company. Mereka yang mula² keluarkan/design variable valve timing untuk enjin. Lepas tu company kete yang lain pon ikut tiru. Proton? ape cer? sory off topic plak.

Aku rase kalo dia tukar jadi "Inovasi Pemacu Kemajuan" ke, "Bersama Kearah Inovasi" ke, xpon "Kami Sayang Malaysia" pon ok ape. Haha. Atau kalo sape² yang diluar sana ade idea, nak share sesame, boleh letak dalam comment post ini. Mekasih. 1Malaysia!